Pihak pengurusan UBF telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada 15 Julai 2021 untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia umumnya dan warga UBF khasnya agar terhindar dari pandemik Covid-19 yang kian menular pada masa ini. Majlis yang diadakan melalui platform Microsoft Team ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan UBF, Haji Khairul Anuar bin Mohd Nor. Tetamu jemputan, Haji Megat Abdul Wahid bin Megat Idrus dari Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman, Terengganu telah mengetuai Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang turut disertai oleh kakitangan-kakitangan UBF. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari-Nya, juga sebagai sebahagian usaha kita bersama untuk memohon perlindungan dari wabak ini. Di samping itu, kakitangan UBF senantiasa mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan dan tidak terkecuali dari mendaftar untuk program vaksinasi. Bersama-samalah kita memohon kepada-Nya agar pandemik yang mengancam seluruh negara ini segera berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.